Awas Jangan Sampai Hilang Item

Awas Jangan Sampai Hilang Item


                                 PESONA ETUZA ( klik )
Kepada teman-teman blogger semua, Etuza hendak berkongsi satu pengalaman yang menyedihkan sepanjang Etuza berblogging. Sejujurnya Etuza sejak 2009 berblog apabila seorang Ustaz bernama Sallehuddin Rusinin yang berasal dari Tambunan Sabah memperkenalkan blog beliau yang bertajuk ABU MIFTAH  telah menyebabkan Etuza merasakan perlu ada blog. Etuza melihat dengan ada blog kita boleh kembangkan lagi persahabatan dan menjalin ukuhuwa sesama Islam. Itu jelas bagi Etuza.  Melalui Ustaz yang baik ini lah Etuza curi masa pelajari ilmu blog dengan sekali dikenalkan oleh Ustaz Sallehuddin Rusinin. Hummmm!!! banyak kod kena belajar untuk lebih mahir kena selalu updated blog waktu itu. Info merapu ka hentam ja asal boleh lihat catatan dan gambar-gambar dalam blog, wah! rasa seronok anak-anak pun suka tengok blog Pesona Etuza tu.

Diringkaskan cerita berlaku lah insiden pada bulan Ogos 2014 Etuza entah macamana klik bahagian seting satu persatu. Yang peliknya ada yang hilang sebaik Etuza klik item-item seperti di bawah tu. Etuza lagi lah nak tahu, klik lagi satu Ya Rabbi hilang juga. Entah mana yang silap Etuza klik hingga item yang tertinggal tinggal Catatan dan tetapan itu saja yang tertinggal. Bila Etuza hendak pulihkan semula terjadi lah lagi peristiwa Etuza terklik setting PENTADBIR. Nah hingga sekarang ni Etuza tak dapat log in BLOG PESONA ETUZA yang amat Etuza sayang itu. 6 6ahun bina blog tu ribuan follower dan semakin bertambah Follower, ada yang tak faham blog tu terdampar terapung tanpa pentadbir. Jadi di nasihatkan jangan follower di blog PESONA ETUZA lagi kerana anda tidak akan menemui ADMIN blog tersebut.

Etuza beri pesan item-item seperti di bawah ini sebagai blogger yang aktif harus hati-hati jangan sampai hilang seperti Etuza. Kena hati-hati menjaga setting akaun blog anda sendiri. Kepada blogger yang sudah mahir blog dan bermain dengan setting serta kod blog rasanya tak ada masalah kembalikan atau pulihkan setting akaun mereka ke asalnya. Tapi bagi yang belum mahir seperti Etuza harap ikut pesan atau nasihat Etuza ini. 

             Catatan Utama

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

8 ulasan

saya pun tak mahir dalam setting ni, selalu tunggu anak balik minta tolong dia, masa cikgu join blog saya tu, saya baru tukar templete dengan bantuan anak, :)

sebaiknya minta bantu kepada yang faham, bagus ya anak faham ibu suka blog. Anak -anak saya seperti saya jg kurang mahir ni Nor Azimah ni yang traouma ni.Buat blog baru aduhai penatnya ...terulang semua detik 2009 tak siap sehari semalam sambung lagi hehehe...tq ya

Assalammualaikum...Etuza,

Insaallah etuza... boleh naik slow2 kembali dan blog walking sesama blogger... moga lepas nie etuza boleh lebih sukses kan.. siapa tahu , mesti ada hikmah atas sesuatu kan.. orait .Etuza Keep up ... nice visit here..

mselim3

saya rasa mungkin etuza boleh ke www.hasrulhassan.com
Bro Hasrul mungkin boleh membantu

Belajar dan berhati2 dari pengalaman pertama agar tak berulang lagi...

bab setting sya pun tak reti..tapi etuza boleh naik slowly

ada kemungkinan boleh hilang setting tu yek..baru tahu

Tak yakin nak main setting, tak pasal2 ranap semuanya

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger