Apa Identiti Blog

Apa Identiti Blog

Asalamualaikum semua. 
( Gambar ni Etuza dapat wt sup dari group wt sup Etuza, macam cantik saja, lalu Etuza jadikan seo blog Etuza dalam entry ini)

Entry ini hendak menzahirkan apa di minda ini, ketika ini. Dengan sekali baca tentang petua-petua bagaimana blog itu lebih digemari dan lebih laju seo blog ( enjin carian blog ) daripada blogger blogger terkenal di Malaysia telah menyedarkan Etuza bahawa sesebuah blog harus ada identiti yang tersendiri. 
Etuza tidak terfikir hal ini semua sejak berblog. Yang ada diminda ialah minat berblog, menulis sesuka hati dan post gambar bagai dalam blog. Menurut seorang blogger Malaysia yang terkenal ada menyatakan bahawa blog tiada ciri sendiri atau tiada identiti hanya blog yang sia-sia dan tidak akan dilihat dibaca oleh masyarakat umum di luar sana. 
Rugilah berblog jika tiada pembaca, tiada berkongsi tentang apa yang disampaikan. Jadi mulai malam ini Etuza harus fikirkan apakah identiti sebenar blog Pesona & Mustika Warna-Warna Kehidupan. Identiti blog itu sebenarnya untuk tujuan menjadikan blog kita lebih terkawal dan tidak tersasar jauh dari tujuan kita berblog. Dalam pengamatan Etuza terlalu banyak blog di alam maya,kelihatannya berbeza sejak pembabitan Etuza dalam blog. Dulu pernah Etuza baca blog yang asyik menghentam seseorang  hingga Etuza seram nak baca, risau terjadi perang manalah tahu yang ditujukan terbaca, ha..bahaya tu. Alhamdulillah sekarang jarang Etuza jumpa blog seperti itu sejak ada kawalan dan etika di laman sosial. 
Rasanya Etuza sudah terfikir identiti blog Etuza ini. Bertemakan warna-warni kehidupan maka Etuza akan lebihkan penulisan tentang 4 aspek dalam blog Etuza iaitu:- 
1. Kisah Pengalaman Hidup ( pelancongan,pendidikan, peristiwa dan yang berkaitan dengan pengalaman)
2. Perkongsian tentang agama, motivasi dan panduan kesihatan.
3. Berkaitan dengan keluarga, ekonomi dan alam semulajadi.
4. Sedikit Etuza masukkan tentang ilmu berblog berdasarkan pengalaman Etuza, sajak dan infor perkembangan bandar Keningau.

Analisis pengagihan peratus 4 perkara itu ialah
1. 70%
2. 60%
3.50%
4. 30%
Semoga Blog Pesona & Mustika tidak
tersasar dari tujuan sebenar berblog.
Bukan inginkan nama tetapi,
mahukan ilmu yang ada dikongsi
dan diadaptasi dalam kehidupan
bermasyarakat. 
InshaAllah.

Hakcipta@Etuza 

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

Semoga dapat dikekalkan identiti sebenar blog ini ..Semoga terus gembira dalam aktiviti berblogging ..Happy Blogging ...

terima kasih Akif..

Apa yg penting,blog kita bkn tempat membuka aib org...

Apa yang menarik di tempat bro Etuza pun boleh dimasukkan. Seperti mana saya orang semenanjung mesti nak tahu apa tempat menarik, makanan menarik di sana

Iya aRz m..betu tu apa sahaja ada kaitan dengan identiti saya tu,.

Nampak nya jm akan terus terjah sini kerana ingin sekali tahu aoa yg akan d kongsi

Saya tadbir 2 blog, satu khas untuk info.. Satu lagi personal.. Tapi untuk info seakan2 hidup segan, mati tak mahu.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger