Ada Sebab Mengapa Ada Banner Widget Dalam Blog

Selamat petang hari ini. Semoga teman-teman maya dan pembaca budiman semuanya dalam keadaan yang tenang dan damai diketika ini, pastinya lebih tenang selepas tunaikan solat Maghrib. Alhamdulillah.

Malu sebenarnya Etuza untuk kongsikan hal banner widget dalam tamplet 3 colum blog Etuza ini. Banner widget dari DenaiHati dan dari Affiliate ( menambah ketinggian ) merupakan satu aset penting bagi blog Etuza. Ada sebab kita letakkan banner widget itu, bukan sembarangan dan banner widget itu pastinya termasuk Banner Kelab Blogger Ben Ashaari yang kini kelihatan begitu terkenal digunakan dan ditempekkan dalam blog peribadi masing-masing para blogger.

Sebagai blogger, kita harus akur pada masalah yang timbul apabila kita online klik blog kegemaran yang akan berlaku sangat slow atau lambat paparan pada skrin komputer kita. Kita kena akur bahawa tahap kesabaran yang tinggi perlu ada pada diri blogger. Kita tidak boleh menilai orang menerusi blog, kita kena sentiasa berfikiran positif sebagai seorang blogger, seandainya kita ingin mencurah ilmu di alam maya. Kita harus juga bermuhasabah diri, jika pun blog kita itu bersih kemas dan teratur belum tentu blog kita itu cepat capaiannya apabila blogger lain di merata Malaysia mengklik blog kita itu. 

Pada pengalaman Etuza ada juga blog yang punyai banner widget banyak bertempek - tempek di atas header blog dia, tetapi blog itu sekali klik sahaja Etuza dapat capaiannya cepat, berbanding blog biasa yang kosong dengan banner widget. Percaya atau tidak blogger Mia Mialiana satu blog terkenal yang juga meletakkan banner widget pada ruang atas pada blog Mia. Tetapi blog Mia Mialiana dengan sekali klik saja Etuza terus mendapat paparan penuh pada Blog Mia itu. Seperti itu juga hendaknya blog hasrul Hassan, yang juga sama ya, memiliki banner widget dekat header mereka. Masih cepat capaiannya dan lancar. 

Pada blog Etuza, banner DenaiHati widget kerana Etuza sudah daftar diri, ekoran dari anak-anak perempuan Etuza suka membaca dan suka membeli novel secara online. Mereka biasa membeli online menerusi Laman Jemari Seni. Kali ini Etuza nampak banner widget DenaiHati maka itu lah sebab Etuza hendak mudahkan anak-anak Etuza membeli pula buku atau novel di Kedai Online Denaihati. ( Belum daftar sepenuhnya - dalam proses) Banner Affiliate pula adalah banner khas bagi online menjual alat menambah ketinggian di mana Etuza telah beberapa kali berjaya menjual alat menambah ketinggian ini kepada beberapa peminat alat ini di kampung Etuza. Pihak Affiliate akan memberikan kita bonus dan masukkan ke bank kita secara online apabila kita dapat bekerjasama dengan mereka. 

Dipendekkan cerita bukan sembarangan kita letak banner widget itu di blog kita. Etuza tidak pandai membuat duit pada blog, tetapi jika hari-hari kita hadap blog ke sana-kemari pula dan kita melihat begitu ramai blogger lain yang menikmati pendapatan banyak dalam berbelog,kerana mereka pandai dan wangkan blog mereka dengan sertai Adsend kan blog. Apa kata kita juga masih berpeluang menambah wang dengan menyertai Denaihati atau daftar kan diri di Program Affialate. Betul, Etuza tidak bohong kita akan dibayar bila kita dapat menjual dan membeli produk mereka.

Etuza nak berpesan pada diri sendiri, kita usah mudah bersangka buruk pada blog orang lain yang mungkin kita tidak gemari, blog kita semak sana-sini sebenarnya ada tujuan untuk orang lain klik ke laman blogger lain. Untuk blogger itu mudakan proses jual beli dan laporkan pembayaran selepas membayar harga produk melalui mesein ATM. Kita usah terlalu bangga apabila blog kita ringan kerana belum tentu apabila blogger lain klik blog kita itu mudah capaiannya dan laju loadingnya. Dunia maya ini 100% hanya Allah yang lebih tahu. Marilah bersangka baik, jadilah blogger yang saling memberi serta sentiasa sabar.

Apabila ada blogger lain yang tidak datang membaca ilmu diblog kita, ada sebenarnya pembaca senyap, pencari ilmu, pengkaji lain di merata Malaysia, mereta Dunia yang akan membaca paparan blog kita. Kepada blogger lain kita kena yakin terdapat ramai orang sebenarnya melihat paparan blog kita setiap hari. Lihat saja statistik atau gambarajah graf blog kita pasti ada ramai yang datang melihat membaca dan adaptasikan sedikit ilmu di blog kita. Harap maklum dan mohon maaf jika ada yang tidak menyenangi informasi hal banner widget di blog kita.

Hakcipta@Etuza 

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. wahhhh... terharunya etuza sebut mia kat sini. terima kasih banyak2..

    apa yang ada di laman utama blog mia semuanya penting. bukan suka2 letak.

    berblog kena ceria dan happy. blog kita.. terpulang pada kita nak corakkannya macam mana...

    BalasPadam
  2. betul2. mcm blog sy, xde org nk BW pon. tpi ramai yg view adlh pembaca dr luar. ramai pembaca yg jns bce tp xtinggal komen. tp still pembaca kan..hehe :)

    BalasPadam
  3. sangat setuju dengan mia..tqvm ya ..suport entry Etuza ni..

    BalasPadam
  4. lama tak singgah sini..
    selamat kembali etuza..

    BalasPadam
  5. Maafkan saya kerana dah lama tak ke sini. Semoga Etuza akan terus aktif berblog, saya suka pendekatan blog ini...

    BalasPadam
  6. follower #104 :).salam kenal...

    kathyrbain.blogspot.com

    BalasPadam
  7. utk mengurangkan 'ketinggian' blog..cikgu boleh buat scroll kat semua widget2 sidebar..mcm widget blogger malaysia terkenal yg cikgu buat tu..

    BalasPadam
  8. Terima kasih madm kamsiah ya..akan buat..nak buat dah tertangguh2 .tq saranan ya

    BalasPadam
  9. JM perasan blog Cikgu Etuza berwajah baru..ada buat perubahan sikit eh ker JM yg salah..tersalah perasan hee

    BalasPadam
  10. Saya pun ramai juga silent reader..tapi selalu berbalik kepada tujuan asal saya, nak menulis untuk suka-suka saja

    BalasPadam
  11. Tak pastilah blog saya berat ke tidak..

    BalasPadam
  12. Saya suka bw dan baca coretan rakan2 blogger tapi kebanyakannya sebagai silent reader, cuba beberapa blog jer yang saya betul2 tinggalkan komen bertalu2 seperti di sini..

    BalasPadam
  13. @umi alya

    kak umi mmg rajin tinggalkan komen di blog cikgu Etuza heee

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.