Tiada lagi kata lain melainkan lelaki harus berani menghadap wanita( isteri)

Tiada lagi kata lain melainkan lelaki harus berani menghadap wanita( isteri)


Salam mesra semua.
Hai! lamanya tidak membuat catatan di laman ini. Terasa ada kerinduan mentarikan jari jemari bagi meleraikan rasa rindu yang menggamit ini. Pelbagai urusan kehidupan yang lebih menuntut kita agar membelakangkan perkara yang tidak berapa penting dalam kamus hidup kita. Bagaimanapun Mustika Laman tetap menjadi tempat saya bersantai kala ada ruang masa.
Tengok mesej ringkas pada atas catatan Mustika kali ini, lainkan. Ya..saya terfikir hendak menurunan catatan ini ke laman Mustika kerana memikirkan semestinya tiada lagi kata lain dalam soal menangani masalah berkaitan dengan wanita. Kata-kata itu ialah " lelaki harus BERANI menghadap wanita" kiranya ada perkara perselisihan faham atau sebaliknya.
Bukankah lelaki itu yang dulunya di wujudkan oleh Allah ke Dunia nyata ini. Dan dari tulang rusuk Adam maka Hawa yang bergelar wanita itu dijadikan oleh Allah sebagai pendamping nabi Allah Adam suatu masa lampau. Jika itu menjadi petunjuk dan diyakini oleh para wanita maka tidak akan wujud dalam hal pergaduhan di dalam rumahtangga. Hai! wanita kini amat beza dengan kalangan wanita zaman lampau. Wanita kini lebih berkerjaya, lebih pintar dari lelaki, lebih kaya raya dari lelaki, aik ada juga wanita kelihatan lebih perkasa dari lelaki. Adakah fenomena keberadaan dan kepintaran wanita masa kini lelaki sepert Mustika mundur ketakutan ke belakang. Adakah hal wanita berkerjaya maka lelaki harus menikus kala di tengking oleh suara wanita itu. Alangkah ruginya anda yang jati sebagai lelaki ketakutan pada wanita seperti yang di maksudkan itu.
Hai lelaki! bangkit dari tidur an lenamu. Usah melihat kebijaksanaan wanita itu maka engkau tunduk dan berdiam seribu bahasa. Bangkitlah pegang azimat bahawa anda adalah lelaki yang di jadikan sebagai PEMIMPIN kepada wanita. Ingat bahawa Adam dicipatakan dahulu dari Hawa dan hawa adalah dari tulung rusuk seorang lelaki. Adakah patut lelaki yang beristerikan wanita berkerjaya menunduk telunjuk semata isterinya. Gunalah akalmu wahai lelaki. Sebijak-bijak wanita tidak sama dengan kebijaksanaan lelaki dalam banyak dan pelbagai perkara. Para lelaki harus ingat kebijaksanaan wanita itu terbatas dan kebijaksanaan lelaki itu sangat luas bak selautan adanya dari wanita. Untuk apa tunduk dengan wanita itu, perbuatan seperti itu amat merugikan diri lelaki itu. Hai lelaki! jika diri sudah dihina oleh wanita yakni isteri kita, setiap hari dan saban hari..pendek cerita buatlah kejutan yang luar biasa agar isteri itu merasa berfikir bahawa anda juga lelaki hebat. Aik! melawan sangat dengan suami alamtlah kita pasang satu lagi isteri baru padan muka siisteri muka menengking dan melawan itu. Ha! itu satu penangan lelaki. Ingat da lagi banyak penangan lelaki jika isteri taidak serik ditegur dan dinasihati oleh suami.
Baiklah lelaki harus BERANI yang Mustika maksudkan ialah, lelaki harus berani menegur sikap isteri yang tidak betul, berani berterus terang lelaki jangan berselindung lagi tentang apa yang anda tidak suka pada wanita idaman atau isteri anda. Tegakkan kebenaran dengan mengaitkan hukum Allah. Fitrah wanita memang di pimpin oleh kita yakni lelaki. Bukankah syurga itu ditelapak kaki suami buat para isteri. Lantaran itu buat apa menikus bila isteri erlebih menegur dan seolah mengontrol para suami. Sebaliknya lelaki yang harus control wanita atau para isteri, kontrol agar jangan membazir, jangan    keluar rumah tanpa izin suami, jangan mengumpat mengeji orang atau jiran. Dan banyaklah jangan diperbuat oleh isteri yang akan mengudang murka suami.
Secara ringkas lelaki itu harus berani bangkit menjadi pemimpin kepada isteri. Usah dayus atau penakut untuk mengatakan kebenaran kepada isteri. Usah takut menyatakan hakikat bahawa wanita itu dari tulang rusuk kita. Bukan kita ego tetapi kita bersandar kepada hukum kejadian wanita dan seharusnya wanita itu harus taat kepada suami yang dijadikan suami untuk wanita itu.

Salam sayang dari mustika, kita fikir bersama ya.


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

2 ulasan

lelaki adalah ketua keluarga dan pemimpin...tanggungjawab akan menjadi bertambah berat apabila adanya kehadiran anak-anak..perlu mendidik isteri dan anak2 agar taat kepada perintah Allah...berat bebenan tu..perlu byk bersabar dan kuat semangat

Susah sikit nak komen sebab entri ini khas buat kaum adam...

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (421) Berita (381) Agama (371) Dunia Blog (327) Promosi. (301) Doa (297) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (214) Nasihat (205) Pendidikan (205) Kasih sayang (184) Rasa Bahagia (183) Berita Keningau (176) Hadiah (152) Pelancongan (133) Alam Semulajadi (122) Gambar (121) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (89) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (64) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Percutian (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger