Surat berbaur cinta dari seorang gadis & Kewajipan lelaki membuat pilihan.( satu pengalaman dan nostalgia mustika)

Surat berbaur cinta dari seorang gadis & Kewajipan lelaki membuat pilihan.( satu pengalaman dan nostalgia mustika)




I'm Sorry




Asalamualikum ikhlas sejahtera kepada pengikut mustika lelaki ini dan tidak lupa kepada semua yang berkesempatan membaca catatan mustika yang terbaru ini.
Inilah pengalamanku sebagai lelaki. Hendak rasanya mustika kongsikan sebagai satu koleksi catatan dalam lembaran maya mustika lelaki ini.
Suatu petang mustika menerima sepucuk surat dari seorang teman bergelar wanita. Bukan teman yang mesra, mustika lihat gadis itu sederhana orangnya tinggi lampai kulit hitam manis dan bertudung sopan. Biasa sahaja mustika melihat dia, dia kadang memandang mustika dan mustika langsung tidak perasan ada maksud lirik matanya. Dia duduk di tengah kelas dan mustika duduk meja ke tiga di tengah juga dalam kelas itu.
Mustika merasa tiada apa-apa dalam jiwaku selain mahu belajar hingga berjaya. Surat yang mustika terima adalah dari gadis tinggi lampai ini. Mustika terharu dan merasa terkejut kata-kata dalam warkahnya berbaur cinta dan berbaur nasihat agar mustika tabah dan kuat hadapi kehidupan ini hingga berjaya dalam bidang akedamik.
Di sini mustika terasa tersepit, hendak terima hatiku berat dan merasa bukan waktunya mustika bercinta. Bagaimana gadis ini terpikat dengan mustika sedangkan kawan-kawanku yang lain hebat dan bergaya. Sungguh ini satu pengalaman dan penghargaan bagi kaum lelaki yang biasa sahaja seperti mustika. Sejak itu mustika sering termenung. Bagaimana berhadapan dengannya. Malu rasanya jika mentah-mentah mustika tolak cintanya yang ikhlas. Esok bersua dengannya kerana kami sepengajian. Bagaimana mustika berhadapan dengan gadis cantik itu. Hati ini belum terfikir untuk bercinta. Tapi mustika ada membaca bahawa lelaki wajib membuat pilihan, bukan atas dasar dipaksa oleh pihak tertentu. Mengingat ini mustika mendapat jawapan bahawa biarlah mustika putuskan agar antara mustika dengan gadis itu dianggap tiada apa-apa yang berlaku tetapi sekadar kawan biasa apa salahnya, sebagai menutup barangkali malu gadis itu dan kekuranganku sebagai kaum Adam.


Sesungguhnya tiap lelaki itu dilahirkan unuk berpasangan dengan wanita pilihan pada suatu masa. Namun hakikatnya lelaki itu perlu membuat penilaian dengan membuat pilihan terhadap kreteria2 tertentu sebagaimana yang digariskan oleh agama kita iaitu pemilihan atas dasar seperti berikut:-
. Kepada tiap lelaki muslim pilihlah dikalangan wanita yang berpegang teguh kepada agamanya. Wanita yang berpegang teguh kepada agama Allah insyaAllah akan dapat mengendalikan urusan rumahtangga kelak dengan baik berlandaskan hukum agama Allah.


. Pilihlah wanita yang baik keturunannya. Dengan memilih wanita dari keturunan yang baik dan berilmu nescaya insyaAllah zuriat keturunan kita juga akan menjadi yang baik soleh dan solehah.


. Pilihan juga menjadi keperluan oleh lelaki agar memilih wanita yang cantik rupa paras, namun bukan menjadi kreteria yang pertama, jikapun wanita sederhana, tetapi kuat pegangan agama dan baik keturunan wanita ini juga akan menjadi pilihan lelaki untuk dijadikan isteri pendampingnya. Ketahuilah juga wahai lelaki bahawa pandangan tiap insan terhadap seseorang itu saling berbeza, bermakna kecantikan itu lebih subjektif yang mana semua orang berhak menilai mengikut sudut pandangan mereka. Maka yang cantik itu bukan bermakna cantik bagi pihak kedua.


. Pilihlah wanita yang mempunyai harta, aset ini akan membantu pihak lelaki dalam urusan kewangan dalam mengurus makan dan minum serta keperluan keluarga yang akan dibentuk.


Selepas membaca dan mengetahui asas  beberapa panduan kepada lelaki dalam membuat pemilihan terhadap calon isteri ini, maka mustika dalam menghadapi situasi keliru akibat mendapat suat cinta dari seseorang gadis sepengajian maka lega dan tenanglah hati ku. Inilah jawapan pada masalah mustika bahawa kita harus memikirkan perkara asas  4 ini, dan memilih pasangan bukan perkara yang mudah tetapi perlu penelitian rapi kerana ini soal masa depan dan kebahagiaan. Semoga ada manafaat pada cerita mustika untuk lelaki ini. Dalam soal memilih jodoh pihak wanita juga tidak terlepas dari perkara ini agar tidak tersalah pilih pada lelaki yang tidak bertanggungjawab, bagaimanapun lelaki itu perlu memenuhi daya kepimpinan kerana pada hukum dan hadis lelaki memang pemimpin  kepada tiap wanita.
Jika ada komen sudilah buat ulasan walaupun ringkas. Terima kasih.


Salam informasi mustika lelaki ini.




Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

2 ulasan

Kenangan lalu mengusik jiwa, maklumlah jejaka tampan pasti menjadi idola gadis.

Setiap lelaki mempunyai kriteria dan pilihan hati sendiri begitu juga wanita mencari seseorang yg boleh menjadi teman hidup sepanjang hayat tempat bergantung dan luahan rasa

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger