Saat ketika dan waktu debaran bagi lelaki ( Imbas kembali adakah anda pernah merasai debaran ini)



Asalamualaikum warahmatullahiwabaraktu.

Hidup ini ibarat layar di lautan, jika tidak di dihala ke arah dan jalan yang tepat layar itu akan menghala ke satu distinasi yang salah. Hidup ibarat layar itu kerana jika kehidupan yang tidak di pandu ke jalan yang benar pasti kita akan menempuh jalan yang sesat dan merugikan kita.
 Kehidupan kita juga pelbagai rasa, kadangkala kita akan rasa hidup yang pahit dan hidup yang manis. Begitulah secara ringkas sinopsis mustika tentang hidup ibarat layar ini. Sebagaimana saya penulis mustika     jelas berbagai ragam kehidupan telah saya alami. Kadangkala manis rasanya dan kadangkala pahit sangat rasanya kehidupan ini, ikutlah pada situasi kedua-dua rencah kehidupan ini iaitu manis dan pahit itu seiring dan sejalan. Kita sebagai tuan punya diri hanya mampu merancang tetapi semuanya ditentukan oleh Allah semaa-mata.
Lelaki juga ada perasaan, kehendak dan tanggungjawab. Malah lelaki sebagai pemimpin adalah wajib menjaga tanggungjawab itu dengan baik serta menjadi perancang dan pengurus keluarga. Dalam paparan ini mustika ( penulis ) hendak kongsikan pengalamanku yang sebenar. Sebelum itu saya rasa anda semua yang sama jentina dengan mustika pernah mengalami semua situasi ini, di mana pada saat dan waktu serta detik itu debaran jantung kita sangat kuat sekali dan kadangkala kita merasai debaran itu sangat kuat dan sungguh mencabar. Di sini saya hendak berpesan kepada insan lain yang bergelar lelaki seperti mustika anda juga pada saat, waktu dan ketikanya anda akan bakal mengalami situasi yang sungguh mendebarkan ini.
Nah! inilah antara senarai list beberapa perkara yang mampu mengoncang debaran jantung seorang lelaki. Sebagai wanita debaran ini juga turut dirasai tetapi saya andaikan debaran  dari pihak lelaki atau pihak suami debaran itu lain pada sudut pandangan mustika.


1. Ketika menunggu di luar bilik bersalin di hospital. Bayangkan berapa lama kita menunggu isteri kita melahirkan anak yang di kandunginya. Dalam debaran itu pelbagai tafsiran yang membunuh akal, mengugat kesabaran dan mampu kita lakukan sesuatu di luar kawalan. Cuma tahap keteguhan hati, keyakinan dan redha serta berserah pada Allah sahaja yang mampu membantu meredakan debaran kita sebagai suami. Mustika sudah beberapa kali mengalami debaran ini. Cuma debaran paling kuat menyergah hati kita semasa isteri kita melahirkan anak yang pertama.


2. Ketika anak sakit, sungguh debaran lain. Apa tidaknya masih bayi sudah ditimpa sakit. Kalau bayi kita sakit teruk bayangkan perasaan kita, debaran kita kencang dan tidak terkawal. Mujurlah kita kuat berzikir dan meminta pertolongan dari Allah. Dialah penyembuh hati yang gusar. Kita usaha segala ketentuan Dia yang buat.


3. Kalau isteri pergi jauh dengan izin suami, misalnya berkursus atau mengikuti program kekeluargaan dan jauh pula, tiba-tiba putus hubungan melalui telefon. Suami tidak tahu apa terjadi pada sebelah isteri kerana lambat dimaklumkan. Suami jangka isteri kita sampai pada masa yang kita rasa tepat, tetapi lewat. Hah! di sinilah debaran makin kuat. Hai siapa tak sayang isteri, isterilah jaga makan minum kita, urus anak dan rumah kita. Kita lelaki urus juga macam-macam tetapi perasan kah anda dalam bab memasak kita lelaki ni jarang ke dapur. Itu Mustika ya. Cubalah anda rasakan debaran apabila isteri lewat balik rumah dan tiada pula makluman awal. Parah tau! hati lelaki.


4. Ketika ibubapa kedua-duanya terpaksa tinggalkan anak di rumah kerana desakan sesuatu perkara. Hah! nanti time jauh dengan anak baru ingat rupanya urusan kita lambat selesai kerana sesuatu yang tidak juga dapat elakkan. Bayangkan makin lama makin kencang debaran, tinggalkan anak-anak yang baru berusia 11 tahun paling tinggi umur di arah menjaga adik-adik yang masih kecil. Huh! hati tak selesa, nak cepat pulangpun ada. Macam-macam kita rasai, debaran paling kuat jika rumah kita terasing dari rumah orang lain. Keselamatan anak-anak jangan diperlekehkan. Apapun boleh berlaku jika kita tinggalkan anak-anak sendiri di rumah. Jalan paling terbaik hantar di rumah jiran atau ibubapa mertua, baru bijak jiwa aman.


5. Ketika saat di ijab kabulkan. Lafaz nikah nilah juga antara lain yang paling mendebarkan pihak lelaki. Menurut pengalaman mustika ketika pengiring seorang kawan sekampung semasa nikah dia. Sampai lebih 6 kali lafaznya belum sah lagi. Dia kahwin di usia muda, apa lagi di suruh imam ambil wuduk untuk membantu sejukkan debarnya. Hai! lelaki muda lagi belasan tahun. Tak tahulah macamana jadi kahwin di usia muda. Namun masa ini kawan saya tu bahagia, dah bermenantu dah dia. Inilah yang mustika rasa paling mendebarkan hati tiap lelaki. Saya nasihatkan agar lelaki yang baik dan bertan gungjawab bolehlah berkahwin paling awal 26 atau 27. Masa ini pastikan kita dah ada kerjaya dan kewangan yang mantap, kalau kahwin lewat hingga 40 an itu juga dah kira lewat bagi lelaki.
Kepada pembaca blog mustika. Komen lah mana tau kita ada tambahan pandangan dan ilmu yang baru.

Salam 





Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Patutlah suami saya jarang2 biarkan saya keseorangan ke sana ke mari, hatta urusan rasmi, jika saya menyuarakan hasrat hati menaiki kenderaan awam ke destinasi jauh, dia yang termenung manjang.. urmm barulah saya faham perasaan itu

    BalasPadam
  2. Lelaki yg bertanggunjawab dan beriman je ada perasaan debaran ni klau lelaki jenis x kisah dan x ambil berat mmg hati batu lh x de perasaan pun huhuhu

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.