Mustika menganggap wanita yang memilih lelaki umur matang adalah wanita bijak dan lebih berwaspada.

Mustika menganggap wanita yang memilih lelaki umur matang adalah wanita bijak dan lebih berwaspada.






Asalamualaikum w.t
Mustika hendak berkongsikan satu maklumat yang lahir dari hati saya sendiri. Saya menulis berdasarkan apa yang saya lihat di sekitar kehidupan mustika, di daerahku mahupun menerusi media cetak yang berlabak juga di ruang internet maya. Baca tajuk atau tema catatan mustika anda secara langsung akan tahu apa isi catatan mustika kali ini.

Alam perkahwinan memang indah sekali, dua insan disatukan dalam melayari bahtera yang sungguh indah. Dalam merasai kebahagiaan itu kita jangan mudah lupa bahawa detik - detik indah anda itu adalah atas izin dan restu yang maha esa yakni Allah. Sememangnya lelaki dan wanita itu saling berpasangan dan merekalah yang mampu meneruskan hayat manusia juga hamba Allah dan pengikut nabi Allah Muammad Rasulnya.

Mustika hendak memberi nasihat kepada para wanita di luar sana, berkahwinlah dengan pilihan anda, siapapun, apa sukunya, apa asalnya asalkan tidak tersalah pilih. Mustika berpesan pilihlah di kalangan lelaki yang bertanggungjawab. Sebaiknya  pilihlah lelaki yang lebih umur dan lebih matang dari umur wanita itu sendiri. Wanita yang memilih lelaki matang dan lebih sedikit umur dari wanita itu adalah wanita yang bijak dan wanita yang mahukan kebahagiaan dalam rumahtangga. Apa rasional jika pilih lelaki yang lebih umur dan lebih matang. ( lebih umur yang mustika maksudkan ialah lebih  2, 3, 4 atau 5 tahun dari umur wanita)

01. Biasa lelaki matang lebih brfikiran jauh dan berwawasan.
02. Lebih kuat pegangan dan lebih bertolak ansur dengan para wanita.
03. Kewangan lebih mantap & bijak mengurus kewangan
04. Lebih setia dan tinggi kasih sayangnya.
05. Lebih mendekatkan diri pada Allah.
06. Bertanggunjawab dan mudah di ajak berunding.
07. Lebih ringan tangan untuk membantu isteri mengurus rumah dan anak-anak
08. Mampu berfikir menyelesaikan masalah dengan pantas.
09. Lebih betah di rumah apabila ada masa lapang.
10. Suka kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga, iaitu tidak suka berfoya-foya di luar selain bersama isteri dan anak-anak.

Lelak muda umur kenapa tidak layak di pilih pada pandangan  mustika?

01. Tahap mereka berfikir masih lemah.
02. Lemah dalam menyelesaikan masalah, dia bergantung kepada penyelesaian dari wanita, kerana wanita sudah berumur dah dulu makan garam dari lelaki itu sendiri.( pasti suami macam ini membosankan)
03. Perasaan hendak bebas masih tinggi, kerana belum puas merasa keseronokan semasa remaja.
04. Zuriat yang dilahirkan kemungkinan pembinaan otak tidak sebaik zuriat dari lelaki matang.
05. Suka berfoya dan menghabiskan duit sahaja.
06. Masih ada perasaan anak mumy, manja dan membosankan.
07. Kurang bertolak ansur, cepat putus asa dan cepat naik marah.
08. Ha lagi teruk jika kewangan belum mantap.
09. Lelaki muda belum ada kerjaya.
10. Tanggungjawab terhadap rumahtangga agak lemah.
11. Kurang berpegang pada agama.

Memang tidak dinafikan lelaki lebih umur ada juga yang miang untuk mencari yang lain. Ada juga lelaki yang agak muda lebih perhatian dan berjaya kemudikan rumahtangga. Mustika bukan menuduh secara total dengan memilih lelaki lebih umur dan matang benar-benar membahagiakan, bukan pula anggap secara total lelaki umur muda yang dipilih tidak akan membahagiakan rumahtangga. Cuma mustika lebih menyeru kepada para wanita agar lebih cenderung memilih lelaki lebih umur dan matang kerana lebih banyak kebaikannya.

Apa komen anda?

Wallhualam.


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

3 ulasan

Jarak usia kami suami isteri cuma setahun jer, alhamdulillah.. kekal bahgia hingga kini..

JM x kisah di jodohkan dengna lelaki muda atau lebih berusia..jika yg sudah berusia pastikan jarak umur kurang dari 10 tahun lah ahahaah

JM
Aamiin.. mudah2an dipercepatkan jodohnya, jangan lupa jemput kami ya..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (421) Berita (381) Agama (371) Dunia Blog (327) Promosi. (301) Doa (296) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (213) Nasihat (205) Pendidikan (205) Kasih sayang (183) Rasa Bahagia (183) Berita Keningau (176) Hadiah (152) Pelancongan (132) Alam Semulajadi (121) Gambar (121) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (88) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (64) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Percutian (28) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger