Mukadimah Laman Lelaki Ini


Asalamualaikum dan salam ukhuwa fillah.

Pertamanya saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana Dia yakni Allah membeikan aku masa, nyawa dan nafas baru pada hari ini. Hari inilah saya bina laman ku yang bertajuk Mutiara Lelaki Ini. Mutiara Lelaki Ini adalah berkisar tentang pelbagai cerita hidupku sebagai lelaki dan juga cerita lain yang berkaitan dengan para lelaki serta catatan peringatan kepada semua baik yang lelaki atau wanita di dunia pana ini. Hendaknya paparan dan sentuhan mustika lelaki ini akan menjadi wadah dan satu ilusi yang mampu memberi keinsafan kepada diriku sendiri dan kepada orang lain. Semoga Allah mengampuni dosa-dosaku dimasa lalu dan hendaknya Allah memberkati tiap apa juga perancangan hidupku sementara kita masih hidup di dunia ini. InsyaAllah.

Kepada para pengunjung jika minta membaca paparanku, bacalah dengan ikhlas dan niat kita untuk menambah ilmu, memperkukuhkan pengalaman dan pengetahuan, jika ada kesilapan dan kekasaran bahasa atau menyinggung emosi mu maafkalah lelaki ini. Sesungguhnya jika ada catatan seolah mirip pengalaman yang telah anda alami itu semua adalah secara kebetulan dan tiada kena mengena dengan diri anda, melainkan ianya berupa kebetulan dan anggaplah sebagai satu panduan hidup agar kehidupan kita bertambah baik pada hari-hari depan.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Bermulanya pd thn 2009 kiranya sudah lama, JM start menulis thn 2012. Rasa spt baca blog org lain bila cikgu guna ganti diri aku sbb dh biasa dgn etuza :-)

    BalasPadam
  2. Entri pertama saya dulupun membahasakan 'aku' pada laman utama, ingatkan penulisan untuk diri sendiri jaa, tak sangka rupanya ketemu ramai rakan di alamaya

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.