Kasih Sayang Seorang lelaki Kepada Zuriatnya.( lelaki juga tinggi rasa kasih sayang)

Kasih Sayang Seorang lelaki Kepada Zuriatnya.( lelaki juga tinggi rasa kasih sayang)


Asalamualikum.
Lelaki mana yang tidak inginkan kebahagiaan berumahtangga, lelaki mana yang tidak mahu melihat zuriatnya sendiri, baik lelaki atau perempuan lelaki seperti kami menerima dengan menadah tangan tanda bersyukur kepada yang Rahman dan yang Rahim yakni Allah s.w.t. Lelaki mana tidak mempetaruhkan kasih sayang kepada isteri dan anak-anak sebagai produk manusia yang melengkapkan dunia hidupnya sebagai lelaki.
Lihatlah ciuman seorang lelaki bergelar ayah atau bapa kepada bayinya sendiri, darah dagingnya dan zuriat hasil perkongsian cintanya kepada wanita idaman kalbu.
Ah! sepatutnya tiap lelaki itu wajib menjadi lelaki sejati, lelaki yang tiada perasaan kasih sayang seperti yang saya nyatakan di atas bukanlah lelaki yang benar-benar lelaki. Ah! malang sekali jika ada lelaki yang tiada perasaan terhadap wanita, kasih sayang dan perasaan ingin disayang dan menyayangi sesama insan. Lelaki seperti itu sungguh dalam kerugian, apapun barangkali lelaki itu ditakdirkan begitu oleh yang maha kuasa, atau lelaki itu di didik pada jalan yang salah, di biarkan tanpa ada kasih sayang dari ibu dan ayahnya, atau tiap kesilapannya tidak ditegur oleh manusia disekelilingnya hingga lelaki itu sudah biasa dengan perasaan tanpa rasa kasih sayang. lebih parah lagi apabila ada lelaki yang menukar jentinanya kerana tuntutan nafsu yang salah. Astagfirullah. "Ya Allah hindarkan anak-anak kami dari semua kejahilan, kejahatan nafsu hasutan syaitan" " Ya Allah jadikanlah anak-anak kami baik yang lelaki dan yang perempuan takut pada siksaMu dan jadikanlah mereka lelaki yang soleh dan perempuan yang solehah, amin ya robbal alamin"
Cuma satu sahaja yang kita harus ingat bahawa tiap sesuatu keadaan atau peristiwa itu ada sebabnya. Dan hanya Allah yang maha mengetahui segala rahsia kita sendiri. Marilah menjauhkah diri dari kancah dosa duniawi yang amat merugikan itu.

Tanpa lelaki, siapalah kamu wahai wanita. Tiada apa-apa dari dirimu jika tiada lelaki pendampingmu. Wanita memang memerlukan teman dikalangan lelaki dan lelaki memang tiada alasan untuk menolak wanita dalam hidupnya. Satu nasihat dari mustika lelaki ini, carilah wanita yang solehah, yang baik budi pekerti, yang mampu menyejukkan jiwamu dikala nestapa lelaki, carilah wanita yang kuat pegangan agama dan wanita yang teguh menutup auratnya. Semoga paparan ini sedikit memberi informasi kepada tiap lelaki di kalangan lelaki remaja, dewasa atau yang sudah tua.Bersyukurlah menjadi lelaki. Insyaallah kita akan aman dan hidup bahagia sebagai lelaki.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

3 ulasan

Antara kami berdua, suami yang lebih terasa kehilangan dsb berbanding saya yang mudah menerima hakikat dan redha..

Lelaki dan wanita saling memerlukan

Itulah Cikgu, kadang2 saya keliru dengan diri sendiri, suami banyak menjaga kebajikan anak2, bab2 sekolah seperti perjumpaan ibubapa, sign itu, sign ini, suami yang ambil tanggungjawab 90%, saya cuma isi borang jaa, itupun sebab suami tak yakin nak isi, kalu dia yakin, memang 100% dia ambil tanggungjawab tu.

Saya cuma ambil alih tugasan anak diumah jaa seperti tengok kerja sekolah, anak2 study, memanglah pot pet pot pet..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (435) Ceritaku (420) Berita (380) Agama (370) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (296) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (213) Nasihat (205) Pendidikan (205) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (182) Berita Keningau (176) Hadiah (151) Pelancongan (130) Gambar (120) Alam Semulajadi (119) Sejarah (105) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (87) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (63) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Percutian (26) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Kucing (20) Perkahwinan (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger