Jam tangan selain bergaya & 10 faedah jam di tangan seorang lelaki.




Asalamualaikum. 
Agak lama juga saya tidak update laman saya. Kesibukan begitu menghalangi aktiviti penulisan. Ha inilah catatan terbaru mustika kali in. Harap2 ada juga manfaatnya sebagai satu perkongsian dari mustika.


Mengenai Jam Tangan.
Masa sekarang bukan susah kalau mahu jam tangan, benda ini cukup murah dengan harga belas ringgit kita boleh dapat sebuah jam tangan yang menarik untuk kita pakai di pergelangan tangan kita. Baik lelaki atau perempuan semuanya boleh memakai jam. Tidak apalah kalau murahpun yang penting kita ada alat pengesan masa di mana kita berada. Kalau jumpa orang menjaja jam ke sana sini, penjual jam sana- sini, biasa kita tengok orang luar yang jual jam jalan-jalan ini. Masuk restoran pun ada time kita sedang syok makan tiba-tiba ada penjual jam oper jam murah. Kita tawar-tawar dapatlah RM 10 ringgit, cukup murah jam sekarang ini.


Bergaya Jam Di tangan.


Tengoklah jam di tangan dalam gambar itu, cantik kelihatan. Kalau lelaki dan remaja atau juga yang dewasa sesuai sangat memakai jam tangan yang bersaiz besar, sesuai sebagai seorang lelaki, berbanding dengan wanita mereka lebih sesuai memakai jam yang agak kecil dan warna pink. Namun tidaklah salah jika ada wanita memakai jam yang besar, diorang punya sukalah kan. Kadang jam ditangan akan menarik perhatian orang ramai jika kita pakai, tangan nampak bergaya, segak dan kelihatan lelaki yang sedang memakai itu macho dengan jam tersebut. Bagaimanapun bukan gaya yang kita mahukan, tetapi kita pakai jam tangan untuk kita lebih mudah mengetahui masa harian kita. Setidak-tidaknya kita boleh rancang masa balik ke rumah dengan lebih cepat jika kita ada jam tangan.


Mengapa Penting Jam Tangan?


1. Kalau tiada handphone kita ada jam boleh guna untuk mengetahui masa dah pukul berapa.
2. Sebagai teman yang memberitahu kita agak berapa lama kita menunggu sidia atau siapa- siapa dalam temujanji kita.
3. Penting untuk merancang perjalanan yang jauh, boleh bertolak awal jika kita selalu mementingkan masa.
4.Ha kalau peperiksaan di IPTA jam tangan penting sangat, masa peperiksaan kita wajib tutup hanphone atau silentkan hanphone. 
5. Sebagai kakitangan awam mesti ada jam tangan, tidaklah selalu menanyakan kawan sekerja tentang masa, malulah jika kita kerap menanya mereka tau.
6. Orang yang mementingkan masa itu, sangat perlu ada jam tangan ya.
7. Ha ini yang penting, jam tangan sebagai panduan kita untuk solat 5 waktu.
8. Jam tangan sebagai pemberitahu temujanji kita, masa sudah set untuk kita berjumpa dengan seseorang, kerana itu jam tangan penting selain handphone.
9. Alat untuk mengesan masa sesuatu peristiwa itu berlaku, kalau kita ditanyapun kita dapat memberitahu masa kejadian dengan tepat. Bukan main agak-agak saja.
10. Alat masa yang membolehkan kita membuat dan menyelesaikan kerja atau sesuatu aktiviti dengan tepat dan terancang.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Jam tangan saya buat hiasan di dalam beg, itupun hadiah dari suami, nak pakai, terasa kekok jer, lagipun memang tak minat aksesori

    BalasPadam
  2. Bg JM jam tangan tu mmg amat penting bagi lelaki bukan sekadar nampak lebih bergaya tetapi lebih disiplin dari segi masa

    BalasPadam
  3. Kak Umi x pakai jam tangan?..kiranya barang kemas pun mesti tak suka pakai kan..JM kalau x pakai jam tangan rasa someting x lengkap je

    BalasPadam
  4. JM
    Mungkin dah dilatih semasa student dulu, kami semua tidak dibenarkan pakai barang kemas sebab ia boleh mencederakan klien, kalau subang, kena pakai jenis melekat..

    (klu, hi3...)

    BalasPadam
  5. Masa itu emas tapi saya tidak suka pakai jam. mcm tidak selesa ja. Guna jam handphone ja la...

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.