Apa kata lelaki tentang wanita masa kini & Kepada wanita fikirkan demi kebahagian di masa depan.

Apa kata lelaki tentang wanita masa kini & Kepada wanita fikirkan demi kebahagian di masa depan.


Salam Sejahtera.
 Indahnya pelaminan ini. Tepat duduk dua pasangan lelaki dan wanita yang telah lengkap dengan izab kabul tanda dua hati bersatu dalam layar rumahtangga. Tiada seorangpun wanita juga lelaki menolak untuk berkawin apabila seru sudah tiba. Bak kata orang jodoh sudah tiba dengan izin dan rahmat Allah.
Cuma mustika merasa penting hendak menegur sikap wanita di masa ini. Usahlah bangga dengan kerjaya anda, memang tidak dinafikan ramai kalangan wanita masa ini memegang kerjaya dan lbih berkelibar dari lelaki. Masa kini juga wanita lebih ramai dari lelaki. Tidak hairanlah jika ada berlaku wanita dahulu yang memikat lelaki. Situasi ini pada saya masih normal asal wanita itu memikat lelaki idaman dengan cara yang betul dan di jalan yang diredahi oleh Allah s.w.t.
Dalam tajuk entri baru mustika " apa kata lelaki"  iaitu merujuk khusus kepada wanita sama ada mereka yang berkerjaya atau tidak seharusnya para wanita perlu timbangkan 3 perkara yang mustika rasa perlu diambil serius oleh wanita sebagai panduan agar rumahtangga kekal bahagia.

Pertama.( Jangan ambil kesempatan)
Mustika hendak nasihatkan agar sesibuk manapun atau setinggi mana jawatan yang wanita sandang, jangan lupa menunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Sekurang-kurangnya belajar asas memasak dan tambah ilmu rumahtangga daripada orang berpengalaman seperti ibu mahupun ibu mertua.


Kedua ( Wanita harus pelajari ilmu rumah tangga)
Isteri janganlah melepaskan tanggungjawab rumah tangga kepada pembantu rumah. Sebaliknya belajarlah menjaga hati suami dengan memasak makanan kegemarannya atau menghias rumah mengikut cita rasa bersama, pasti suami anda merasa bahagia bersama anda.


Ketiga ( Menjaga tuturkata dan pandai mengambil hati suami)
Wanita itu dilahirkan sebagai insan yang lemah lembut. Normal wanita adalah seperti itu. Beruntunglah wanita yang mempunyai sifat yang total sebagai wanita menjadi idaman si teruna. Namun cantik luaran jika dalaman tidak cantik sudah tentu membosankan. Jadilah wanita yang bijak dan pandai mengambil hati suami. Dikala suami ada masalah isterilah penghibur luka dan kesedihan. Tetapi jika isteri tidak peka pada perkara dan situasi suami pasti suami cabut lari dari rumah mencari ketenangan jiwa di luar. Sejukkan hati suami dengan suara lemah lembut, hidangkan makanan yang cukup istemewa bagi dia. Hai pasti rumah tangga rukun dan damai.


Kepada wanita, fikirkan dan inilah pendapat mustika sebagai lelaki.


Salam hormat, wasalam.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

3 ulasan

Setuju ketiga2 fakta di atas...mudah2an ikatan kami hingga ke akhirnya, aamiin..

BAIK!!! lelaki juga perl uada syarat nya :-)

Tiba2 teringat semasa si bujang hadiri temuduga tempohari, penemuduga tanyakan soalan:-

"awak nak kahwin tak?"

spontannya dijawab.. 'nak..', baru 18tahun..

adoiiiiiiiiii anak2 zaman sekarang ni, mana reti malu cam kita dulu2..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger