Akulah Lelaki Yang Sudah Punya Anak ( Sicomel Hadiah Tidak Ternilai)

Akulah Lelaki Yang Sudah Punya Anak ( Sicomel Hadiah Tidak Ternilai)


abang

Asalamualaikum dan salam hormat.


Alhamdulilah, bersua kembali dalam catatan saya yang ketiga. Almaklumlah baru bina blog ini. Siapa kata lelaki kurang rasa kasih sayang terhadap anak-anak. Lontaran suara itu kadangkala menyakitkan hati lelaki ini. Padaku, anaklah harta tiada ternilai oleh apa sahaja, mereka belahan jiwaku. Penambat dan pengukuh cinta dan kasih sayangku pada isteriku yang ditakdirkan wanita untukku.
Pada saat anakanakku ini dilahirkan, sayalah orang yang pertama selepas doktor, jururwat dan isteriku yang akan menyentuhi tubuh halus dan comel anakku itu. Tengoklah wajah dua puteraku ini. Sungguh saya sayang mereka. Maka untuk kesekian kali yang tiada batas masa saya panjatkan kesyukuran kerana Allah beri saya zuriat bersama isteriku yang tercinta.
Tengoklah mata bulat anakku ini. Sungguh comel dan tenang jiwaku melihatnya. lelaki ini kadangkala merintih dan hiba serta termenng sejenak, kenapa bayi yang tidak berdosa itu ada yang malang nasibnya apabila siibu dan siayah membuang dan meninggalkan anak mereka terkial lalu meninggal dunia. Sungguh kejam ini semua, saya terasa hampa apabila hilang kemanusiaan dan pertimbangan akal mereka. Ada juga saya terbaca banyak risalah ibubapa ibarat tahu beranak tetapi tidak pandai menjaga anak mereka. Melentur bulu biar dari rebung tetapi mereka ekakkan telinga dan membutakan mata pada hakikat itu. Kadang lelaki ini terbaca pandai buat anak tetapi anak dibiarkan tanpa pimpinan dijalan yang betul. Hei!  sebagai manusia bukankah kata-kata itu pedas dan memalukan. Fikirkanlah bahawa anak yang lahir itu tidak akan berdosa jikapun ia di lenyapkan ke dunia. Tetapi yang menerima padah dan hukuman Allah di akhirat adalah ibu dan bapa bayi tersebut. Anak yang lahir dari perut siapapun apabila ia lahir ia ibarat kain putih yang bersih dan gebu. Mereka lahir tanpa debu dosa. Tetapi ddebu dosa itu akan digendong oleh dua insan apabila tidak menjaga anak mereka dengan baik.
Wahai lelaki pada apa saja darjat..marilah menjadi lelaki yang dikagumi oleh wanita solehah.Ameen.




adik, bulatnya mata comel sekali

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

5 ulasan

suka pada bau2an bayi baru lahir.. tiba2 teringin beranak kecik tapi umur dah tua, tak mampu daa..

tunggu kehadiran cucu jerlah jika dipanjangkan umur, insya allah

Arghhh bila agaknya jm nk ada anak sendiri huhuhu

Ehhh mcm pernah lihat pic baby ni dlm entri terbaru klau x salah :-)

@Jari Manis

Insya Allah, mudah2an dipercepat ketemukan jodohnya, aamiin..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (421) Berita (381) Agama (371) Dunia Blog (327) Promosi. (301) Doa (297) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (214) Nasihat (205) Pendidikan (205) Kasih sayang (184) Rasa Bahagia (183) Berita Keningau (176) Hadiah (152) Pelancongan (133) Alam Semulajadi (122) Gambar (121) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (89) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (64) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Percutian (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger