Aku lelaki berbintang Capricon 11 January


Salam setulus hati.

Melayari internet sunguh menakjubkan. Ops! negetif photo tak main ya, lelaki ini dah berpunya..ada anak dah. Buat apa layar internet tak bermoral dengan melihat benda-benda tak senonoh. So, tiba-tiba ja saya nampak atau jumpa blog yang memaparkan cerita HARIJADI Siti Nurhaliza Tarudin isteri kepada Datuk K.
Hebat juga majlis dia selebriti bermaruah dan maklumlah sudah dinobatkan sebagai penyanyi no 1 negara Malaysia. Layak juga penyanyi ini di gelar sebagitu tinggi di persada seni.

Lelaki ini! apa kena mengena  hari bahagia Siti Nurhaliza dengan kau ?
Hehe! hari lahir dia sama dengan lelaki ini, cuma aku dulu makan garam dari dia. Oklah juga saya adalah meminati lagu dia yang bertajuk "Aku Cinta Padamu" sampai sekarang lelaki ini sering nyanyikan dalam kamar beradu perdengarkan anak-anakku. Oh! bukan selalu adalah sekali sebulan atau tak pernah sekalipun dalam sebulan nyanyi lagu itu. Eh! time remaja dulu adalah suka juga menyanyi di kebun getah..pokok getah ja yang dengar saya nyanyi. Oklah..betul lelaki ini dilahirkan pada 11hb Jan....maknanya harijadi saya sama dengan dia, sebab itu saya copy paste photo dia. Malangnya dia tak bertudung dengan cara yang betul. Maaflah yan Siti. Wanita seharusnya menjaga aurat. Kecantikan still menyerlah walaupun memakai tudung, kecantikan hati dan naluri juga akan terserlah bila wanita patuh menjaga aurat.
Selain saya pasti ada yang rasa nak kongsikan harijadi lelaki capricon ini. Memang ramai, saya juga terbaca beberapa maklumat tentang lelaki capricon, time muda belia dulu kalau ada news atau bahan bacaan kadangkala bahagian bintang yang saya baca dulu. Ada benarnya dan ada juga tanggapan meleset. Semua itu terserah pada diri kita yang memandu diri dalam layar kehidupan ini. Di sini saya nak copy paste satu maklumat dari internet maya tentang lelaki capricon macam lelaki ini. Nak tengok ha! bacalah di bawah ni. Jangan  pula melenting marah bila maklumat ini tak betul. Just kita baca-baca saja, sesungguhnya kita hanya berhak mempercayai kuasa dan takdir Allah. Kita merancang Dia yang menetukannya.
Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.



Salam persahabatan setulus hati lelaki ini.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Sayapun bintang Capricon juga, bezanya hujung tahun

    BalasPadam
  2. Bintang capricorn rupanya. 11jan tahun berapa tu :-)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.