Aduhai sang Adam tolonglah sayangi dan kasihi insan bergelar wanita,. Tanyalah pada dirimu siapa melahirkan kau di Dunia ini.

Aduhai sang Adam tolonglah sayangi dan kasihi insan bergelar wanita,. Tanyalah pada dirimu siapa melahirkan kau di Dunia ini.



Asalamualaikum salam mustika.
Alhamdulillah, mustika harus bersyukur pada hari ini, ekoran pengikut mustika makin bertambah. Tandanya mustika yang cuba memperagakan kisah tentang lelaki dan beberapa maklumat berkisar nasihat diterima baik di persada maya. Mustika pendatang baru di arena blogger, rasa teruja dan bersyukur ada kawan memperkenalkan mustika tentang dunia blogger sebaik sahaja mustika perolehi sebatang broadband sebagai line internet.
Hari ini di petang hari mustika hendak menyampaikan sebuah cerita tentang perlakuan seorang lelaki di zaman lampau. Bila membaca cerita ini dalam buku Islamiah milik mustika, mustika bagaikan hendak menangis, jiwaku memang tersentuh bila bab penganiyaan dan pembunuhan terhadap wanita dilakukan dengan kejam. Selalu kita dengar kisah wnita, kanak-kanak perempuan di dera, dipukul dan paling kejam kejadian wanita dibunuh selepas dirogol. Ya Allah apa sudah jadi dunia akhir zaman ini. Seolah menakutkan untuk kita lalui kehidupan ini.Pun demikian tidak kurang juga lelaki atau kanak-kanak lelaki juga didera dan dibunuh. Wallahualam.
Cerita ini berkisar seorang lelaki pada zaman Jahiliah. Adat ini merupakan adat bangsa Arabdi mana jika mendapat anak perempuan, anak itu akan dibunuh hidup-hidup. Keadaan adat membunuh bayi perempuan berlanjutan hingga kedatangan agama Islam.
Suatu hari Umar nama lelaki ini pada zaman itu bermusafir jauh, lalu berpesan pada isterinya yang sarat mengandung agar laksanakan adat Arab itu jika anak mereka perempuan. Hinggalah kembali Umar di pangkuan isterinya, didapati anak perempuan yang lahir telah besar kerana tidak dilaksanakan oleh si ibu untuk membunuh anaknya. Mana mungkin ibu yang mangadung sembilan bulan mengusung perut ke sana sini, saat anak lahir dan bayi perempuan terus dihapuskan nyawanya. 
Umar, lalu membawa anak perempuannya ke suatu tempat. Umar menggali lubang yang dalam. Anak perempuannya yang melihat ayahnya bekerja keras dengan peluh bercucuran lalu DIKESATNYA PELUH AYAHNYA seraya bertanya "Untuk apa ayah menggali lubang?". Diamlah engkau aku mahu menanam sesuatu, sergah Umar . Setelah siap Umar berkata " Wahai anakku masuklah engkau sekejap dalam lubang ini." Tanpa ragu-ragu anaknya itu masuk ke dalam lubang, dengan tidak berlengah lelaki bernama Umar menimbus anaknya itu, maka matilah anak itu ditangan ayahnya sendiri.
Setelah Umar memeluk agama Islam, setiap kali ia terpandang anak perempuan yang sebaya dengan anaknya maka bercucuranlah air matanya mengenangkan sikapnya di zaman jahililiah dahulu.
Inilah satu adat ciptaan manusia sendiri, wanita pada zaman itu dianggap tiada nilai dan hanya mendatangkan bala dan sial sahaja. Sungguh mustika rasa sedih dengan peristiwa ini, suatu masa dahulu, hidup Adam Allah rasa kesunyiaan dalam masa kesunyiaan itu Adam nampak dua ekor burung sedang bermesraan dan bekasih sayang timbullah rasa keinginan si Adam lelaki pertama wujud di Dunia hingga Adam tertidur lalu bermimpi menemukan seorang gadis cantik berada di hadapannya. Apabila sedar, Adam terkejut wanita dalam mimpinya ada di hadapannya. Lihatlah kuasa Allah yang maha hebat. Di sini kita dapat melihat dengan jelas lelaki sebagaimana Adam dan mustika serta lelaki yang lain amat-amat memelukan wanita disampingnya. Kita  lihat begitu mulia seorang wanita itu kepada lelaki. Hidup sunyi tanpa mereka. Saya menyeru sayangilah tiap insan di sekeliling kita, baik wanita dan lelaki kita ditakdrkan agar saling membutukan dalam kehidupan ang bersifat sementara ini. 



Info: Lelaki adalah pelindung kepada kaum wanita, bukan wanita yang melindungi keselamatan lelaki.
        Wanita yang mengandung kerana Allah bagi dia rahim. 
     Wanita ingin dikahwini atas dasar mengharap kasih dan sayang lelaki. Mendambakan diri dan berkeinginan untuk mempunyai anak kerana tingginya sifat keibuan. 
Wanita bukan mahu dikahwini hanya kerana menerima tumbuk, terjang dan maki hamun seorang lelaki.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

2 ulasan

Memang sedihkan kisah di zaman jahiliah, kesian anak2 perempuan, mereka terpaksa dibunuh hidup2..

Zaman jahiliah zaman org tidak berilmu syukur kerana lahirnya muhamad yg membawa islam d dunia lalu memartabatkan kaum wanita

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger